Saturday

saudara baru

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk mengupdate blog ini setelah lama terbiar..huhu post kali ni ana nak ceritakan pengalaman ana membawa insan untuk dijadikan saudara baru..hurm,sebelum tu ana pernah teringat kata-kata seorang sahabat ana yang dia tak mahu ana tinggal di bumi Sabah ini..sahabat, ana nak bagitahu enti..ana disini belajar dan dalam masa yang sama ana cuba menyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam dibumi negeri dibawah bayu ini yang majoritinya adalah non muslim..alhamdulillah kat sini dimurahkan rezeki ana dan dipermudahkan segala urusan ana dalam menyebarkan agamaNya..sebab apa ana sayang tempat ini??bumi Sabah ini masih memerlukan daei untuk menyebarkan dan membantu penganut agama Islam yang masih bertatih dalam mencari kebenaran Islam..
sejujurnya, ana ingin menjadi seorang daie agar ana dapat membantu orang lain yang masih meniti dalam kejahilan manusia.jadi biarlah agama yang menjadi kuncinya, dan daie sebagai pengantaraannya..dan sebagai balasannya, ana dapat menarik 2 orang saudara baru untuk masuk agama Islam yang syumul ini. dan sepanjang proses itu juga, pelbagai dugaan yang ana perlu hadapi..tentangan dari family saudara baru yang tidak mengizinkan anaknya convert kepada Islam, dikejar dengan parang, provokasi dari masyarakat sekeliling dan banyak lagi. tapi ana tabahkan hati, sabarkan diri..sebab apa? sebab ana yakin dengan janji ALLAH.."ALLAH akan permudahkan urusan kita jika bantu agamanya" ..pernah suatu hari tu ana diuji dimana ana memang kene teruk dengan masyarakat sekeliling, dan pada masa yang sama ana dapat 1 pesanan ringkas (SMS) dari seorang sahabat yang ingin memutuskan hubungan dengan ana..masa itu ana perlukan sokongannya tapi ana cekalkan hati.ana tak mahu jadi lemah dan ana perlu bersabar dengan ujian yang ALLAH bagi pada ana..sesungguhnya ALLAH masih sayang pada ana dengan ujian yang diberikan supaya ana tidak lalai mengingatinya dan meluahkan masalah kepadanya...
bukan mudah untuk menjadi daie, apatah lagi dalam masa yang sama perlu juga mad'u..daie dan mad'u mempunyai makna yang berbeza..dan ana juga pernah melalui 2 situasi tersebut dalam kehidupan yang serba mencabar ini..
 
daei : orang yang menyampaikan.. dan dalam bahasa mudahnya seorang pendakwah..orang menggelarkan ana sebagai seorang daie, tapi bagi ana, ana belu layak untuk digelarkan dengan sebgitu rupa sebab ana sendiri masih bertatih-tatih dalam soal agama, masih belajar dan masih mencari kesempurnaan ilmu.
mad'u : orang yang di dakwahkan..ana masih berada di status ini..huhu =)

dari sisi seorng mad'u...
dulu...ana seringkali sukar memahami...
konsep empati, iaitu in other words we can say that... be in that person's shoes...
apa yang seseorang itu rasa...
apa yang seseorang itu mahukan...
apa yang seseorang itu cari dalam dirinya...
apa yang seseorang itu harapkan orang lain boleh fahami dirinya....
dia mahu kembali kepada pencipta fitrahnya....
namun siapa mampu menyelami jiwanya....
andai dia terus-terusan dihentam?
selalu dibantah, disekat, dihalang apabila mahu melangkah?
tahukah orang itu...
dia juga perlukan bimbingan.....?
perlu sokongan yang mendidik jiwanya untuk terus bermujahadah?
siapa yang benar-benar faham tatkala dia perlukan suatu jawapan kepada pertanyaannya?
bukannya jawapan yang menghalang hasrat hatinya...
yang mungkin sekali membantukan segala keinginannya untuk melakukan perubahan....

ibaratkan...
seorang anak kecil....
yang dimarahi ayahnya apabila berbuat salah?
ataupun anak kecil tadi....
didatangi dengan senyuman dan bisikan....
dengan teguran yang mengatakan tindakannya itu salah..
bukankah kedua-duanya berunsurkan perkara yang sama...?
iaitu memberi pengajaran dan peringatan....?
namun yang mana satu lebih terkesan dihati si anak...
pendekatan yang lemah lembut...
ataupun pendekatan yang menyekat fitrahnya memahami sesuatu itu secara alami?

anak itu tidak tahu....kerana apa?
kerana fitrahnya begitu! 
anak itu...
tidak akan menjadi kuat seandainya gerak atur langkahnya dihalang...
diawasi kerana bimbang bakal melukai dirinya...
namun lepaskanlah anak itu berjalan...menapak mencari langkahnya sendiri...
biarkan dia terjatuh...terluka...
dan parut yang terhasil dari luka itu...
bakal memberikan peringatan kepada si anak kecil...
dan namun pasti sentiasa akan ada tangan yang sentiasa memaut lengannya...memimpinnya....
kerana dari situlah...pengalaman yang akan mengajarinya...
betapa sesuatu itu menjadi ingatan yang bermakna buat dirinya...
supaya terakam dimemorinya sentiasa dengan cara yang paling halus dan berbekas.

ana juga pernah menjadi seorang mad'u yang tercari-cari erti untuk kembali kepada fitrah pencipta ana.
benar ana sangat penasaran ketika itu.
ana perlukan sebuah jawapan kepada segala persoalan yang menghujani pemikiran ana.
mengapa begitu?
mengapa begini?
kalau begitu kenapa?
jadi kalau begitu?

ana seorang anak provokasi! ana seorang mad'u provokasi.
namun jangan salahkan ana.
jangan sekat kemahuan ana untuk menunjalkan segala persoalan.
kerana fitrah didikan ana begitu.
mujur ana bertemu dengan dai'e yang bijak merungkaikan sisi diri ana.
bijak mengadunkan segala dakwaan ana hingga menjadi begitu serasi...
ibarat menggengam jemari ana...ianya berpadu begitu kukuh dan kemas.
mereka tidak pernah menghalang hak ana untuk bersuara lantang.
memprotes apa yang tidak ana puas hati...
segala terjahan, tikaman tajam...
adakalanya membuatkan mereka terdiam.
namun tetap ada masanya...
mereka mampu menundukkan semua itu dalam diri ana.

dari sisi seorang dai'e....
setelah apa yang ana pelajari dari naqibku dan rakan-rakan seperjuangan dalam memperjuangkan agama Islam yang syumul ini...
memahami mad'u memanglah tersangatlah susah.
seorang naqib pernah berkata :
proses taaruf dalam sesebuah usrah itu akan sentiasa berjalan dengan sendirinya...selagi mana usrah itu masih terbina...
benar. ana tidak mampu menyangkal lagi sebarang dakwaannya dalam pernyataannya itu.
pada ana, untuk menjadi seorang dai'e yang benar-benar mantap,
segala sisi mad'unya haruslah dipelajari....
niat harus diperbetulkan sentiasa...
bahawasanya usrah adalah medan berkongsi ilmu.
bukannya menyampaikan ilmu!
jangan mudah melatah.
menggelarkan diri sebagai bijak berusrah!
punyai banyak ilmu yang sedia dicurah buat semua mad'u!
kerana itu akan menyerlahkan satu sisi dai'e yang suka bermegah-megah.

dari mereka ana belajar....
usahlah mengajar diri menjadi seorang penghukum...
seolah-olah diri sendiri sahaja yang tahu mengenai hukum hakam agama...
namun apabila ada mad'u yang membangkang,
mulalah dikeluarkan segala bahan untuk mencantas.
seolah-olah pendirian diri sendiri sahaja yang betul.
yang benar.
tiada dakwa dakwi
kerana kita berpegang kepada kebenaran yang sebenar!
mad'u itu salah!
mad'u itu tak betul!

ana benar-benar terkesan seandainya ada dai'e yang bersikap begini...
cubalah enta selami..apa yang bermain dibenakknya?
mungkin antum melihat daripada dua sudut yang berbeza terhadap perkara yang sama.
namun lontarkanlah pandanganmu. beri dia juga ruang itu meluahkan apa yang dia fikirkan.
sekurang-kurangnya enta cuba memahami...
merasai segenap sisi yang dia rasai....
dan dari situ antum akan lebih terasa
ukhwah itu 
benar-benar terbentuk dihati.
dijalin dengan satu perasaan yang sungguh indah.
percayalah...

apabila enta menjadi penghukum.
itu tidak mampu untuk membantu mad'umu keluar dari kepompong kejahilannya.
malah akan lebih membejatkan. apabila dia mula menunjukkan taring kebosanannya.
apabila segala tindak tanduknya dipangkah, disalahkan sentiasa...
usah keterlaluan membangkang...
kerana enta hanya akan lebih menyempitkan pemikirannya.
mengeraskan hatinya sehingga tidak betah lagi mahu mencari titik perubahan.
kembali istighfar wahai dai'e.


wallahualam..

ya ALLAH, bantulah kami menjadi agar manejdai daei dalam menyebarkan agamamu dan mad'u agar keyakinan kami dalam membantu menyebarkan agamaMu dipermudahkan ameen ya Rabb..    =)

No comments:

Post a Comment