"Battle of Abu Ghraib"
BARANGKALI
KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA MEMBUANG MASA LEKA DENGAN KEKASIH DUNIA
ANDA!! Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejua ng mujahiddin
telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan
Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui
sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama
Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat
Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup
keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang
pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas laknat AS
telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya,
oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa
beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan
oleh Mafkarat-al-Islam. Surat Fatima Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku)
ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk
untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak
diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran,
Surat 112 al-Ikhlas]. Saya memilih surah yang suci ini daripada
kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke
atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam
hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang
pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua?
Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh
anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah
memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka
telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat
al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu
memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang
telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti
akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami
melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat
oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan
rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan
kami demi kerana takutkan Allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah!
Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami
bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk
dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa
kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT.
Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal
dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di
penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah
(Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali
dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang
daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh
membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya
terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin.
Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap
orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang
pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis
surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri.
Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah
memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau
telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk
kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat
menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam.
Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT
mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku!
sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami
bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan.
Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!] Sebaik sahaja selepas
itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan
besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS
berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang
mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir
Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara,
bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam
penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang
berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut. Wartawan
Mafkarat-al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah
berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang
sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi
penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih
belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah
menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis:
Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang
sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami
tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi,
wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya
maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB
telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam
oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan
umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi
Iraq , tetapi tidakdipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal
menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana
kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di
Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak
perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat
melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara
mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk
mempertahankan maruah mereka? Sebelum ini, pada satu ketika dulu,
keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat
Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul.
Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang
wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan
apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah.
Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada
pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja
dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu
dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di
pintupintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah
merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan
yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu
bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari
di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan
dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran
dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita
akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di
Malaysia ini? Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di
penjara Abu Ghraib -
(sumber
Mafkarat-al-Islam)
Jangan lupa untuk kongsi kepada rakan-rakan sebagai saham kita di
akhirat kelak... InsyaAllah...wallahualam..
No comments:
Post a Comment