Thursday

dugaan besar


سْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم







I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours and Allah gave me opportunities. Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed...

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
                ~~ada Allah membantu kita tatkala manusia hnya mampu mendengar luahan kata~~


kemalangan hari tu..biarlah antara ana dan ALLAH sahaja yang tahu... 

:D

Cinta semuaaaaa....

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم


 ♥♥ ♡ ツ ♥♥ 

Imam Ibnu Qayyim mengatakan, “Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri; membatasinya justeru hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka batasan dan penjelasan cinta tersebut tidak boleh dilukis hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri."

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
 tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Keep Istiqomah + Keep Smile it's a Sunnah
Allah Selalu ada untukku, untukmu dan untuk kita semua ^___^

♥♥ Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah S.W.T mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

♥♥ Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah S.W.T tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

♥♥ Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membuah kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...

SAYANG SEMUA!!!

:)



Berbanggalah menjadi wanita...


سْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم





wanita adalah ciptaan terhebat. andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini. jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah anda dicipta sebagai wanita? ya , daripada wanitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada wanita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia. 

maka, benar
lah sabda nabi, 





'wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga' .



fitrahnya, mereka yang bergelar wanita tidak akan sepi dengan cubaan. semakin menjauh semakin pula mendekat. andai demikian, bangunlah segera. carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri. ingatlah, WANITA HEBAT ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kpd Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi .











Usrah masa depan anak luar nikah

سْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم

malam ni ana terasa nak kongsi satu perkongsian yang makin kita lupa..moga dijentik lagi hati kita olehNya..

akan ku lakarkan Pena di macapada ini jika dengannya bisa mengangkat martabat anak-anak generasi harapan hawariyun masa kini..

biar banyak mana masyarakat mencemuh , mengherdik, menghina..hati mereka tetap selembut bayu biarpun zahirnya mereka kasar..
ketahuilah..
bukan pinta mereka dilahirkan sedemikian...bukan pinta mereka untuk disisihkan, bukan pinta mereka untuk dipulaukan..mereka hanyalah insan istimewa yang dikurniakan ALLAH buat kita..
Wasilah buat kita untuk meningkatkan tahap kesyukuran kita..sesungguhnya mereka itulah insan-insan yang amat disayangi Rasullah SAW diwaktu zamannya..mereka juga insan seperti kita,mengharap dan mendambakan kasih sayang..zahirnya kita sering memperkatakan soal anak-anak ini.." budak ni nakal sangat!, budak ni membawa malang dan banyak lagi kata-kata kesat seperti ini yang diluahkan.." 
tanyalah iman kita..layakkah kita memperkatakan seperti ini..pasti iman kita akan mengatakan tidak!!" bayangkan jika kita di situasi mereka..pasti kita juga akan merasakan hal yang sama bukan? 
ketahuilah sahabat Fillahku, tidak mustahil anak-anak generasi ini kelak akan menjadi perisai buat kita sewaktu menuju titian sirat kelak..
kejarlah kebaikan selagi masih bernyawa..ketahuilah..kasih sayang yang ikhlas biarpun hanya sekadar senyum pada anak-anak ini sudah mampu memberikan nilai yang cukup besar buat mereka..

wallahualam..perkongsian usrah ( masa depan anak luar nikah )..

semoga Allah redha :)

Friday

assalamualaikum..

setelah sekian lama x update blog ni, malam ini baru berkesempatan untuk menulis..
mungkin entri kali ini pendek sahaja sebab ana agak busy dengan urusan dunia..
harap2 ana x lupa dengan urusan ana kepada pencipta, ALLAH S.W.T..

buat pertama kali ana x dapat pulang ke rumah semasa cuti tengah tahun kerana menggalas tamggungjawab sebagai salah seorang skuad olahraga dimana tempat ana belajar..kejohanan olahraga perimgkat kebangsaan, buat sekian lamanya merasai kembali latihan2 untuk menghadapi kejohanan..last sekali masa form5..sekarang ni kalau buat latihan 1 badan sakit2..hehe

but pengalaman ni memang ana tak akan lupakan sebab banyak isu,konflik, susah senang dan menguatkan ukhwah antara ana dengan orang yang selama nie ana memang x sangka ana akan jadi rapat macam sekarang..lelaki ok.. :)

dalam masa yang sama kena pandai bahagi masa untuk training, buat revision ..

tapi nasib la semua tu dah berlalu..so sekarang ni dah mula sem baru..jadi azam pun baru..harap kejayaan menanti di sem baru ini.. sekian :)

Sunday

"Battle of Abu Ghraib"

BARANGKALI KETIKA SURAT INI DITULIS, ANDA MEMBUANG MASA LEKA DENGAN KEKASIH DUNIA ANDA!! Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengahari, pejua ng mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahidin mengambil tindakan. Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan, baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas laknat AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri. Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat-al-Islam. Surat Fatima Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas]. Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesedaran di dalam hati orang-orang yang beriman. Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan babi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak. Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompat oleh para haiwan dan babi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan Allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana . Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib. Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun! Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!] Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut. Wartawan Mafkarat-al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui. Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam laman web Ansar dengan menulis: Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenar. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku." Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq , tetapi tidakdipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka? Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, "Wa Mu'atasima", dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata: "Kepada anjing Rome , saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami di mana barisan hadapannya berada di pintupintu kami dan barisan belakangnya berada di sini." Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda. Bolehkah maksiat ditutup dengan bayaran dan kontrak? Adakah kita takut mengkritik Amerika kerana bimbang kita akan kehilangan peluang perniagaan? Bagaimana pula keadaan kita di Malaysia ini? Bukti serangan Mujahideen terhadap tentera Amerika di penjara Abu Ghraib - 
 (sumber Mafkarat-al-Islam) 
Jangan lupa untuk kongsi kepada rakan-rakan sebagai saham kita di akhirat kelak... InsyaAllah...wallahualam..

Saturday

saudara baru

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk mengupdate blog ini setelah lama terbiar..huhu post kali ni ana nak ceritakan pengalaman ana membawa insan untuk dijadikan saudara baru..hurm,sebelum tu ana pernah teringat kata-kata seorang sahabat ana yang dia tak mahu ana tinggal di bumi Sabah ini..sahabat, ana nak bagitahu enti..ana disini belajar dan dalam masa yang sama ana cuba menyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam dibumi negeri dibawah bayu ini yang majoritinya adalah non muslim..alhamdulillah kat sini dimurahkan rezeki ana dan dipermudahkan segala urusan ana dalam menyebarkan agamaNya..sebab apa ana sayang tempat ini??bumi Sabah ini masih memerlukan daei untuk menyebarkan dan membantu penganut agama Islam yang masih bertatih dalam mencari kebenaran Islam..
sejujurnya, ana ingin menjadi seorang daie agar ana dapat membantu orang lain yang masih meniti dalam kejahilan manusia.jadi biarlah agama yang menjadi kuncinya, dan daie sebagai pengantaraannya..dan sebagai balasannya, ana dapat menarik 2 orang saudara baru untuk masuk agama Islam yang syumul ini. dan sepanjang proses itu juga, pelbagai dugaan yang ana perlu hadapi..tentangan dari family saudara baru yang tidak mengizinkan anaknya convert kepada Islam, dikejar dengan parang, provokasi dari masyarakat sekeliling dan banyak lagi. tapi ana tabahkan hati, sabarkan diri..sebab apa? sebab ana yakin dengan janji ALLAH.."ALLAH akan permudahkan urusan kita jika bantu agamanya" ..pernah suatu hari tu ana diuji dimana ana memang kene teruk dengan masyarakat sekeliling, dan pada masa yang sama ana dapat 1 pesanan ringkas (SMS) dari seorang sahabat yang ingin memutuskan hubungan dengan ana..masa itu ana perlukan sokongannya tapi ana cekalkan hati.ana tak mahu jadi lemah dan ana perlu bersabar dengan ujian yang ALLAH bagi pada ana..sesungguhnya ALLAH masih sayang pada ana dengan ujian yang diberikan supaya ana tidak lalai mengingatinya dan meluahkan masalah kepadanya...
bukan mudah untuk menjadi daie, apatah lagi dalam masa yang sama perlu juga mad'u..daie dan mad'u mempunyai makna yang berbeza..dan ana juga pernah melalui 2 situasi tersebut dalam kehidupan yang serba mencabar ini..
 
daei : orang yang menyampaikan.. dan dalam bahasa mudahnya seorang pendakwah..orang menggelarkan ana sebagai seorang daie, tapi bagi ana, ana belu layak untuk digelarkan dengan sebgitu rupa sebab ana sendiri masih bertatih-tatih dalam soal agama, masih belajar dan masih mencari kesempurnaan ilmu.
mad'u : orang yang di dakwahkan..ana masih berada di status ini..huhu =)

dari sisi seorng mad'u...
dulu...ana seringkali sukar memahami...
konsep empati, iaitu in other words we can say that... be in that person's shoes...
apa yang seseorang itu rasa...
apa yang seseorang itu mahukan...
apa yang seseorang itu cari dalam dirinya...
apa yang seseorang itu harapkan orang lain boleh fahami dirinya....
dia mahu kembali kepada pencipta fitrahnya....
namun siapa mampu menyelami jiwanya....
andai dia terus-terusan dihentam?
selalu dibantah, disekat, dihalang apabila mahu melangkah?
tahukah orang itu...
dia juga perlukan bimbingan.....?
perlu sokongan yang mendidik jiwanya untuk terus bermujahadah?
siapa yang benar-benar faham tatkala dia perlukan suatu jawapan kepada pertanyaannya?
bukannya jawapan yang menghalang hasrat hatinya...
yang mungkin sekali membantukan segala keinginannya untuk melakukan perubahan....

ibaratkan...
seorang anak kecil....
yang dimarahi ayahnya apabila berbuat salah?
ataupun anak kecil tadi....
didatangi dengan senyuman dan bisikan....
dengan teguran yang mengatakan tindakannya itu salah..
bukankah kedua-duanya berunsurkan perkara yang sama...?
iaitu memberi pengajaran dan peringatan....?
namun yang mana satu lebih terkesan dihati si anak...
pendekatan yang lemah lembut...
ataupun pendekatan yang menyekat fitrahnya memahami sesuatu itu secara alami?

anak itu tidak tahu....kerana apa?
kerana fitrahnya begitu! 
anak itu...
tidak akan menjadi kuat seandainya gerak atur langkahnya dihalang...
diawasi kerana bimbang bakal melukai dirinya...
namun lepaskanlah anak itu berjalan...menapak mencari langkahnya sendiri...
biarkan dia terjatuh...terluka...
dan parut yang terhasil dari luka itu...
bakal memberikan peringatan kepada si anak kecil...
dan namun pasti sentiasa akan ada tangan yang sentiasa memaut lengannya...memimpinnya....
kerana dari situlah...pengalaman yang akan mengajarinya...
betapa sesuatu itu menjadi ingatan yang bermakna buat dirinya...
supaya terakam dimemorinya sentiasa dengan cara yang paling halus dan berbekas.

ana juga pernah menjadi seorang mad'u yang tercari-cari erti untuk kembali kepada fitrah pencipta ana.
benar ana sangat penasaran ketika itu.
ana perlukan sebuah jawapan kepada segala persoalan yang menghujani pemikiran ana.
mengapa begitu?
mengapa begini?
kalau begitu kenapa?
jadi kalau begitu?

ana seorang anak provokasi! ana seorang mad'u provokasi.
namun jangan salahkan ana.
jangan sekat kemahuan ana untuk menunjalkan segala persoalan.
kerana fitrah didikan ana begitu.
mujur ana bertemu dengan dai'e yang bijak merungkaikan sisi diri ana.
bijak mengadunkan segala dakwaan ana hingga menjadi begitu serasi...
ibarat menggengam jemari ana...ianya berpadu begitu kukuh dan kemas.
mereka tidak pernah menghalang hak ana untuk bersuara lantang.
memprotes apa yang tidak ana puas hati...
segala terjahan, tikaman tajam...
adakalanya membuatkan mereka terdiam.
namun tetap ada masanya...
mereka mampu menundukkan semua itu dalam diri ana.

dari sisi seorang dai'e....
setelah apa yang ana pelajari dari naqibku dan rakan-rakan seperjuangan dalam memperjuangkan agama Islam yang syumul ini...
memahami mad'u memanglah tersangatlah susah.
seorang naqib pernah berkata :
proses taaruf dalam sesebuah usrah itu akan sentiasa berjalan dengan sendirinya...selagi mana usrah itu masih terbina...
benar. ana tidak mampu menyangkal lagi sebarang dakwaannya dalam pernyataannya itu.
pada ana, untuk menjadi seorang dai'e yang benar-benar mantap,
segala sisi mad'unya haruslah dipelajari....
niat harus diperbetulkan sentiasa...
bahawasanya usrah adalah medan berkongsi ilmu.
bukannya menyampaikan ilmu!
jangan mudah melatah.
menggelarkan diri sebagai bijak berusrah!
punyai banyak ilmu yang sedia dicurah buat semua mad'u!
kerana itu akan menyerlahkan satu sisi dai'e yang suka bermegah-megah.

dari mereka ana belajar....
usahlah mengajar diri menjadi seorang penghukum...
seolah-olah diri sendiri sahaja yang tahu mengenai hukum hakam agama...
namun apabila ada mad'u yang membangkang,
mulalah dikeluarkan segala bahan untuk mencantas.
seolah-olah pendirian diri sendiri sahaja yang betul.
yang benar.
tiada dakwa dakwi
kerana kita berpegang kepada kebenaran yang sebenar!
mad'u itu salah!
mad'u itu tak betul!

ana benar-benar terkesan seandainya ada dai'e yang bersikap begini...
cubalah enta selami..apa yang bermain dibenakknya?
mungkin antum melihat daripada dua sudut yang berbeza terhadap perkara yang sama.
namun lontarkanlah pandanganmu. beri dia juga ruang itu meluahkan apa yang dia fikirkan.
sekurang-kurangnya enta cuba memahami...
merasai segenap sisi yang dia rasai....
dan dari situ antum akan lebih terasa
ukhwah itu 
benar-benar terbentuk dihati.
dijalin dengan satu perasaan yang sungguh indah.
percayalah...

apabila enta menjadi penghukum.
itu tidak mampu untuk membantu mad'umu keluar dari kepompong kejahilannya.
malah akan lebih membejatkan. apabila dia mula menunjukkan taring kebosanannya.
apabila segala tindak tanduknya dipangkah, disalahkan sentiasa...
usah keterlaluan membangkang...
kerana enta hanya akan lebih menyempitkan pemikirannya.
mengeraskan hatinya sehingga tidak betah lagi mahu mencari titik perubahan.
kembali istighfar wahai dai'e.


wallahualam..

ya ALLAH, bantulah kami menjadi agar manejdai daei dalam menyebarkan agamamu dan mad'u agar keyakinan kami dalam membantu menyebarkan agamaMu dipermudahkan ameen ya Rabb..    =)

SALAH FAHAM??

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
alhamdulillah, hari nie ALLAH berikan kemudahan untuk ditunjukkan perkara yang benar..ana dah salah faham, maafkan ana.ana tahu salah ana,ana tak tanya enti dulu..tapi sejujurnya, ana memang mahu minta maaf dengan enti..ana tak tahu nak minx maaf macam mana, ana takut nak tanya enti tentang perkara tu. ana tanya ukhti hafizah, cakap macam tu..rupanya salah faham..ana kuatkan diri call enti walaupun ana segan dah nak b'cakap dengan perempuan, tapi disebabkan ana tahu salah ana, ana paksa diri call enti. tapi enti tak mahu angkat call..tidak apalah,ana faham. ana bukan lelaki yang baik, enti pun dah kata enti tak mahu beri peluang ketiga pada ana..ana nak tanya enti sendiri, tapi sekarang ana sedang melatih diri ana untuk tidak bercakap dengan perempuan yang bukan ajnabi bagi ana. ana takut ana jadi lalai, ana tak mahu..sebab tu ana tak contact enti, enti call dulu pun ana tak angkat sebab ana MALU..hurm, tapi ana harap enti maafkan ana.ana harap enti tak hukum ana sebab salah faham ini..kalau masa dapat diputar kembali, ana cuba. tapi ia sangat mustahil sebab ana manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan..maafkan ana... 

ana cuba tabahkan hati untuk menghadapi ujian ini.maybe ini balasan untuk dosa-dosa ana yang lalu...

Friday

ia hadir lagi..

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
 
ia  hadir lagi setelah ia hadir buat pertama kali dalam tidurku..ana rasa pelik sebab suda 3 kali ia hadir dalam mimpi ana..dan last 2 night ia datang berturut2..
ya ALLAH, apakah petanda yang Kau cuba berikan kepadaku ini?

sesungguhnya Aku berserah kepadaMu kerana Kau lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui

=')
بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
 
hari ni update banyak2 entri setelah ana luahkannya pada Pencipta ana di malam hari..sesungguhnya meluahkan kepada Pencipta Agung lebih baik dari kita meluahkan kepada manusia mahupun teknologi.. 
sebab apa?
Al-Quran sememangnya mukjizat Rasulullah SAW yang memang tidak boleh dipertikaikan. Sejak 1400 tahun yang lalu Al-Quran sudah menceritakan tentang Facebook, Twitter dan seangkatannya?!”

Cuba antum buka surah Al-Ma’arij ayat 19-21
 
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir"
Ayat ini menjelaskan fenomena jemaah Al-Fesbukiyyah secara umum. Cuba kita lihat wirid-wirid mereka. Kebanyakan isinya keluh kesah. Artikel berkaitan Berhati-hati dengan Dinding Facebook

Temanya sudah mirip sinetron Indon mendayu-dayu sehingga air mata meleleh keluar. Sakit dari sakit bisul, sakit perut, selsema sampai jerawat tumbuh pun update di status.

Cuaca juga tak ketinggalan. Diberi hujan pun mengeluh tidak dapat keluar ke mana-mana. Diberi panas mengeluh kepanasan.

Segala maksiat juga disebarkan di public wall. Banyak contoh yang upload gambar sedang clubbing, membuka aurat dan sebagainya.

Masalah duit habis, rezeki tak masyuk pun ditaip di facebook. Ibadat juga ada yang ‘disharekan’. puasa,sedekah dan sebagainya tapi Alhamdulillah ana belum jumpa ada orang update FB semasa sedang sembahyang dengan update status FB ‘lagi dua rakaat nih’ tetapi ana pernah melihat seorang lelaki yang surf FB semasa khutbah Jumaat menggunakan BlackBerrynya canggih manggih tu..huhu =)

Seterusnya di ayat seterusnya dikatakan

‘apabila dapat kebaikan maka dia kikir.’

Memang betul ayat tersebut kerana Ayat Al-Quran memang semuanya benar.

Cuba korang kira berapa orang yang update status contohnya

“Alhamdulillah dapat rezeki, sesiapa yang mahu saya belanja harap tunggu di depan masjid lepas Isyak”.

Rasanya ada tak status FB yang begitu? Kalau dapat rezeki disorok-sorokkan takut orang lain tahu, takut ada yang nak meminjam atau minta belanja. Tetapi semasa ditimpa musibah di share ke mana-mana.”

Bukannya haram update status tetapi alangkah baiknya update itu yang baik-baik,mengajak kebaikan,hadis, kisah sahabat dan sebagainya. Tapi kita malu pulak nak update begitu takut dikatakan orang kampung, ketinggalan zaman, terlampau alim, mat bagus dan sebagainya..
 dan kita sebagai hamba ALLAH kene ingat, 
"ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melainkan orang itu mampu menghadapinya"

dan ALLAH juga memberi kesenangan kepada hamba yang dipilihnya supaya ALLAH dapat melihat sama ada hamba itu akan terleka akan dunia sehingga melupakan akhirat..

sama2 kita renungkan dan peringatan buat diri ana sendiri.. =)
banyak yang ana mahu luahkan...
 

PERMUDAHKAN URUSANKU DI DUNIA AGAR AKU DAPAT MELAKSANAKAN IBADAHKU

"Ya Muqtadir" 
 
padaMu kumemohon petunjuk berikankan aku kekuatan permudahkan urusanku buat masa kini dan akan datang andai ia tidak baik untukku, agamaku, dan duniaku maka, elakkan dariku daripadanya andai ia ditakdirkan baik buatku maka, mudahkan laluannya

Ya Allah Yang Maha Mengetahui Putaran alam 
mengajar erti hakiki seorang insan Bangun, jatuh, gagal, cemerlang Baik, buruk, putih, hitam Mewarnai kanvas kehidupan.Detik cetusan hati kadangkala menyoroti peristiwa
Namun, siapalah kita untuk melawan taqdirNya Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa Atas tiap peri yang berlaku Kalbu gusar tatkala saat genting Dilema memikirkan antara keperluan kehendak Kewajiban yang aula’ atau terpaksa dilepaskan Tuntutan ummah, keluarga, sahabat Menjadi dacing dan dadu untukku membuat pilihan Ya Nur,

Ya Baqi’
 Curahkan padaku rahmat dan nikmatMu Limpahkan cahaya taufiq buatku untuk menetapkannya Berikan hatiku meredhai atas percaturanNya Bukakanlah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku Andai dia tercipta buatku, milikku Perkenankanlah permohonanku.. Ameen..ya rabbal alamin.