Friday

KEPENATAN

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
 
dah lama ana tak update blog..alhamdulillah hari ni masih diberi kesempatan oleh Pencipta ana untuk update blog hari nie..huhu minggu nie ana agak sibuk sebab banyak komitmen yang perlu ana selesaikan.minggu nie uruskan kempen derma darah, buat buku program pendidikan luar dan jadi pengarah explorace Minggu Muhammadiah..ikutkan hati memang penat la, tapi anan rase nie la sumbangan ana kepada komuniti dan agama ana sndiri.dan amanah yang ana pikul untuk gerakkan aktiviti surau IP Kent nie akan cuba ana laksanakan sebaik mungkin walaupun banyak cabaran yang perlu ana lalui..sebabnya Imam Ghazali pernah berkata :
 
" perkara yang paling berat di dunia ini ialah memikul amanah  "
 
ana tak mahu di akhirat nanti ALLAH tanya dengan ana apa sumbangan ana dalam agama yang ana anuti, ana takda apa2 sumbangan.insyaALLAH kalau diizin ALLAH ana akan upload gmbar2 derma darah, explorace dan lain2 lagi... =) 

Sunday

MATI ITU PASTI!!!

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم

hari ini ana dapat peluang untuk menghadiri 1 majlis pengebumian yang ana rasa tak semua mampu merasainya. pertama sekali ana ingin mengucapkan salam takziah buat Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kent, Encik Matsah yang kehilangan ayah mertuanya kerana sakit tua.

bermain dalam fikiran ana kekayaan, harta pangkat, rupa, dan segala kesenangan yang ALLAH berikan dimuka bumi ini hanya lah bersifat sementara. semua benda tu tak mampu nak menghalang maut walaupun sesaat. tapi ramai insan di luar sana masih leka dengan kesenangan dunia. apa yang ana takutkan di saat kita berseronok dengan dunia sehingga lalai mengingati ALLAH, di saat itu juga ALLAH akan menarik nyawa kita. alangkah ruginya bagi mereka yang terlambat untuk bertaubat kepadaNya..
dulu masa kecik2 selalu tengok air mata umi menitis bila ziarah kubur.time tu tengah blurr lagi, budak kecik la katakan. so bila tengok umi nanges ana pun tnya :
ana : kenapa umi nanges?
umi : sebab ni kawasan kubur. kita datang ziarah ni bukan datang saja2, tapi kita kena muhasabah diri kita. apiq penah fikir bila tiba masanya kita akan mati?
ana : apiq tak tahulah umi.
umi : dekat sini la kita kena muhasabah diri, selalu menyesal dosa2 kita yang lalu. apiq penah bayang kalau umi yang mati nanti?
bila umi cakap macam tu je, terus ana banjir.menangis tak henti2. ada ke umi ana cakap macam tu..tapi bila dah besar sekarang, ana faham maksud umi. memang, memang kita tak lari dari bua kesilapan. orang akan selalu kata " tiada orang yang sempurna kat dunia nie"..bagi ana, jangan gunakan alasan itu untuk kita terus hanyut dengan dosa, buat salah selalu. jadi sentiasa ingat mati, baru kita akan sedar betapa banyaknya dosa yang kita lakukan sepanjang hayat kita.seperti sabda Rasulullah s.a.w :
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." 
(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)
hanya selepas beberapa langkah ahli keluarganya pulang dari perkuburan, malaikat2 mula datang untuk menjalankan perintah ALLAH. jika amalannya baik, maka terlepaslah ia dari seksaan dahsyat kubur tetapi jika gagal menggunakan peluang hidup di dunia untuk mentaati ALLAH dan meninggalkan laranganNya, maka alam kubur akan menjadi permulaan kepada seksaan.

"ya ALLAH, Kau berikanlah ruang dan peluang untukku beribadat kepadaMu dalam kesibukan dunia ini. janganlah Kau tempatkan aku dalam golongan orang2 yang lalai mengingatiMu"  

AMIN~~

Friday

CINTAILAH DIA DALAM DIAM

Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam … Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya … Dengan begitu kau telah memuliakan dia, kerana kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tidak mahu merosakkan kesucian serta penjagaan hatinya..

Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga.. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu ..


Dengan diammu….
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya .. Kerana mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu …
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan … Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ….


Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan … Kekuatan sebuah harapan … Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan… Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata… Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya??

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (البقرة: 186) 

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al-Baqarah: 186). 

dan ALLAH juga berfirman :
 
ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

 
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Al-Mukmin: 60).


Kawan…
Jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata…. Biarkan ia tetap dalam diam … Jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengharungi hidup bersama… Biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri dan biarkan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hati…

Kerana yakinlah…. Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Kerana tulang rusuk takkan tertukar apalagi tersasar…


Saturday

SURAT UNTUK PEMILIK TULANG RUSUK KIRIKU

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
 السلام عليكم
ke hadapan pemilik tulang rusuk kiriku,
ku utuskan surat ini kerana ku ingin kau tahu, aku tidak mendambakan seorang wanita yang terlalu sempurna,
kerana aku tahu mencari yang terlalu sempurna akan membuatkan ku merana. aku cuma memerlukan seorang wanita biasa yang tenang di pandanganku, tidak perlu cantik di pandangan orang. aku bukanlah MUHAMMAD yang terlalu sempurna, aku juga bukan YUSOF yang mempunyai rupa yang menarik, aku juga bukanlah LUQMAN AL-HAKIM yang baik budi pekertinya, tetapi aku cumalah LELAKI BIASA akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.  

ingatlah pemilik tulang rusuk kiriku,
sebelum kita melayarkan bahtera rumah tangga, aku mahu mengujimu dengan beberapa ujian agar kau dapat menjadi srikandiku nanti. agar aku tidak salah memilih, bunga yang bakal aku sunting suatu hari nanti. aku ingin sekali berhubung rapat dengan keluargamu, terutama dengan kedua orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu. namun, setelah aku mendapat peluang itu, akan ku uji keluargamu. kerana aku ingin sekali mahu mengetahui, adakah satu hari nanti andai aku membuat kesilapan, adakah mereka terus membuangku atau akan berada disebelahku untuk menasihatiku. andai mereka masih menerimaku, pilihanku adalah tepat.

kau juga akan ku uji dengan pelbagai cabaran, dan ku harap kau tega menerimanya dengan hati yang terbuka. akan ku tekan mu dengan tekanan yang melampau, agar kau tahu mengawal emosimu. kerana jika tekanan yang ku berikan tidak mampu kau hadapi, bagaimana kau mahu menghadapi tekanan untuk memperjuangkan agama mu, ISLAM yang suci? hidup ini tanpa tekanan dan ujian, kau tidak akan tahu sejauh mana kebolehanmu. ALLAH memberi kita ujian kerana Dia sayangkan kita. dan Dia ingin lihat bagaimana kita menghadapi ujian tersebut dan ALLAH mahu kita sentiasa mengingatinya. adakah kita akan terus melupakanNya atau mendekatiNya?


kau juga akan ku bawa ke dalam imaginasi cinta, berkhayal di dunia nyata. akan ku buaikan perasaanmu dengan kasih sayang, cinta dan rindu. ku semaikan bibit-bibit yang boleh membuatmu khayal dari dunia nyata..tapi ingatlah!! bukan niat dihati ingin merosakkanmu, tetapi aku ingin melihat sejauh mana imanmu tergugat, dan sejauh mana kau boleh mengingatkanku tentang dosa-dosa seperti itu atau kau hanya membiarkan kita sama-sama hanyut dengan perasaan dan dunia yang kita cipta sendiri.
ku titipkan bait kata ini khas buatmu,

    Wahai Wanita Solehah
    Jangan risau akan jodohmu
    Kerana Muslimin yang bijaksana itu
    Tidak akan terpaut pada wanita
    Hanya kepada kecantikan , lirikan senyuman,
    Pada bicara manja yang menggoda
    Atau pada pujuk rayu seorang wanita
    Yang meruntuhkan imannya.


    Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
    Andai belum sampai jodohmu
    Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
    Sedang membina sahsiah kepimpinan
    Bagi memimpin dirimu
    Kerana pada wanita itu
    Pasti ada kekurangan dan
    Lelaki yang benar-benar layak
    Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…

srikandiku,
aku tidak peduli akan celaan orang, andai suatu hari nanti pilihanku itu membaluti tubuhnya dengan jubah dari melihat dirinya menjadi tatapan mata keranjang lelaki durjana. aku rela jika orang mengata kau mempunyai fashion yang tak up to date dari kau membungkusi dirimu sekadar syarat. ketahuilah engkau aku bukanlah Muhammad yang begitu sempurna dalam menjaga, pun bukanlah seprti Luqman Al-Hakim yang baik budi pekertinya, apatah lagi seperti Yusof yang mempunyai paras rupa menarik yang boleh membuat wanita menjadi gila, dan aku juga tidak mempunyai harta yang melimpah ruah seperti Abdul Rahman bin Auf tetapi aku cuma INSAN hina yang tidak sempurna dalam usaha menjadi muslimin sejati yang diberkatiNya. dan aku berharap pilihanku ini pada akan setia bersamaku memperjuangkan agama Islam dan menjadi pendampingku hingga ke syurga sebagai bidadariku..insya-ALLAH..


ikhlas dari lubuk hatiku,
hamba allah yang penyayang

Thursday

KISAH HANZALAH DAN ABU BAKAR


iman itu ada pasang surutnya =)

“Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq!” kata Hanzalah merujuk kepada diri sendiri dengan penuh kesal.

“Mengapa dengan kamu?”Abu Bakar bertanya.

Terkejut Abu Bakar mendengarnya.

“Mengapa kamu berkata begitu?” Abu Bakar meminta penjelasan.

“Semasa aku duduk di dalam majlis Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mendengar tentang Syurga serta Neraka, iman aku meningkat kepada keadaan yang baik. Tetapi tatkala aku bekerja dan kembali kepada keluargaku, imanku terjejas dan menurun. Hanzalah sudah jadi munafiq!” cerita Hanzalah.

Keterangan itu menggusarkan Abu Bakar. Beliau juga merasai perkara yg sama.

Mereka berdua pergi bertemu dengan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan menceritakan kisah kebimbangan Hanzalah yang amat signifikan itu. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu (Baginda mengulang menyebutnya tiga kali)” [Hadith riwayat Muslim]

Dalam bahasa yang lebih mudah, jika keadaan dirimu sentiasa baik seperti di dalam majlis ilmu dan ketika di luar majlis ilmu, nescaya Malaikat itu akan tabik spring dengan kamu! Hebatlah jika begitu. Namun sekiranya iman tidak berubah, ia menyalahi fitrah manusia. Iman itu pasang dan surut. Agama Islam, tidak pernah menafikan hal yang amat fitrah ini. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menegaskan kenyataan berikut:

“ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu…”

Kesimpulannya, masa bekerja maka bekerjalah kita dan apabila tiba masa untuk berehat maka berehatlah. Bila beribadat, beribadatlah dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu. Islam itu indah. Islam itu lengkap. Islam itu agama yang sempurna :)

Monday

doa pencari CINTA

 

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta


Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau



Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta


Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh


Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu


Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu


Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu


Amiiinnn.

jangan jadi cmnie plak...hehe x baik taw

Sunday

"JANGAN DIDALAM ISLAM"


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.



- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Saturday

Bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum =D

Nota Al-Ajurrumiyyah 23

فَأَمَّا الضَّمةُ فَتَكُونُ عَلَامَةً لِلرّفْعِ فِي أَرْبَعَةِ مَوَاضِعَ , فِي الْإسْمِ الْمُفْرَدِ وَ جَمْعِ التَّكْسِيرِ وَ جَمْعِ الْمُئَنَّثِ السَّالِمِ وَ الْفِعْلِ الْمُضَارِعِ الَّذِي لَمْ يَتَّصِلْ بِآخِرهِ شَيْءُ
... ... ...

Ertinya :

Adapun dhommah menjadi alamat bagi rafa’ di 4 tempat iaitu isim mufrad, jamak taksir, jamak muannas salim dan fiil mudhari’ yang tidak bersambung dengan sesuatu pun di akhirnya

Huraian ringkas :

1. Jamak Muannas Salim adalah sejenis kata jamak untuk perempuan

2. Takrif jamak muannas salim dalam bahasa arab adalah

مَا جُمِعَ بِأَلِفٍ وَ تَاءٍ مَزِدَتَينِ

Ertinya : Suatu kalimah yang dijamakkan dengan menambahkan huruf alif dan huruf ta’

3. Contoh :

مُسْلِمَةٌ - Seorang muslimah

مُسْلِمَاتٌ – Ramai muslimah

4. Dinamakan jamak kerana membawa makna lebih dari dua

5. Dinamakan muannas kerana merujuk kepada perempuan

6. Dinamakan salim kerana bentuknya mufradnya tidak berubah, cuma ditambah huruf alif dan ta’ di hujungnya

7. Alamat rafa’ bagi jamak muannas salim adalah dhommah

Tuesday

Buat Insan Yang Bernama WANITA..

assalamualaikum w.b.t

dunia akhir zaman sekarang ni buat ana merasa pelik. adakah ana masih tinggal di bumi atau di planet lain? atau ana sendiri merupakan alien yang masih lapuk dan tak update dengan perkembangan semasa..ganjil sungguh manusia yang bernama wanita disekeliling ana sekarang. setahu ana, kehidupan semakin moden dan sepatutnya pemakaian kita juga sepatutnya lengkap dan cukup kain..tapi lain pula sekarang ni, nak kata ana guna mesin masa pulang ke zaman batu takde lagi mesin secanggih tu zaman sekarang..
gila kentang, memang menghina namanya nie...

seksa ana tengok pakaian dorang, bukan la seksi sangat pun..adik-adik perempuan di luar sana tu, tolong la ye..kalau nak buat dosa pun, buat la sorg2..jangan libatkan orang lain, apa yang nak dibanggakan sangat pakai macam tu?kalau nak tayang sangat, tayang la pada yang berhak..bagi pada suami nanti, bukan untuk tayangan umum..pa la suami antum dapat nanti?dapat sisa dari pandangan semua orang? kalau dah ditayang semua, tiada yang istimewa yang nak diberikan kepada suami antum nanti..


 bukan nak salahkan perempuan, tapi kami ini lelaki.iman kita ni senipis kulit bawang, kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. takan kami sebagai lelaki nak jalan kene pandang bawah je, karang tak pasal2 langgar tiang elektrik..huhu sebab menurut sabda Rasulullah s.a.w kebanyakan dari golongan wanita akan mejadi kayu bakaran api neraka. antaranya :

Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat

(Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .)

Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .

( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami   ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya.

sebab tu wanita tidak dibenarkan memakai wangian yang terlalu kuat sehingga menarik perhatian. tapi yang ana pelik sekarang ramai wanita yang selalu lalu sebelah ana 2 3 meter da bau perfume yang dorg pakai. pakai ke mandi perfume nie??haha.. =)
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK “GARIS’,
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH.

jum renung2kn..♥

Engkau-Kah Pencinta Wanita?


Assalamualaikum w.b.t

Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis.

Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak… kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai.

Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya… em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la… (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai… terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini… huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya…

Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan…

Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber- agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya… di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik… kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi- bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8- 9).

Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol #### dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik- baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at- Taubah (9): 71).

Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini… apa dah jadi ni… para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em… carilah lelaki yang baik-baik…
Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu… peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki… keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu… suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami… siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, 
 
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)

Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa…
Renungilah maksud ayat ini:
“Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al-Ahzaab (33): 32)
“Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di- ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59)
Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka… jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya… Islam.
Dan, kepadamu lelaki… bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer… Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.

Em… wanita, jadilah wanita yang baik- baik… demi masa depan anda!
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26)

Allahu ‘alam… (habis sudah ku termenung…)
“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar (30): 9)
 
 
 

Saturday

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya… 


1 - Pertama“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.“Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” ( Surah Al A’araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?” 

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

aku kehilangan seorang mujahidahku....

agak sukar menduga kehidupan ini..
ia bukan seindah yang dikata..
kita cuma dapat merasakannya apabila telah melaluinya..

kadang kala kita rasa dekat sangat dengan orang tu
tapi hakikatnya kita jauh sangat..
kita tak dapat memahami hati dia..

bila hati ini ingin sekali serius denganmu..
aku tak pernah mengangapmu sebagai seorang kekasih..
aku mengangapmu sebagai seorang wanita yang bakal menglengkapkan kehidupanku..

kasihku padamu hanya kerana Tuhanku, ALLAH yang satu..
aku masih mengingati satu ayat dari Imam Nawawi
" aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama itu, maka hilanglah juga cintaku padamu"

aku tak memandang kecantikan yang ada padamu,
kerana aku tahu satu hari nanti kecantikan yang ada padamu akan dimamah usia..
aku juga tidak memandang harta yang ada padamu,
kerana aku juga tahu harta itu akan membuatkan manusia alpa dengan dunia.

biarlah orang kata fesyenmu tidak update sekalipun,
aku selesa memandangmu begitu..
dengan jubahmu membuatkan ku berasa selamat untuk melepaskan mu jauh dari pandanganku,
kerana aku tahu ALLAH sentiasa menjaga orang yang menutup auratnya dari pandangan-pandangan liar...

ingatlah teman,
kamu TAHU satu2nya ALASAN mengapa ALLAH MEMISAHKAN kita??
kerana kita terlalu DEKAT, takut kita melampaui yang seharusnya...
kamu TAHU mengapa ALLAH mencipta JARAK antara kita??
kerana ALLAH ingin kita saling MENDOAKAN, dalam jauhnya pandangan sekalipun..
kamu TAHU alasan mengapa munculnya GENANGAN pada mata??
untuk membiarkannya terpejam, BERISTIREHAT dari memandangmu dalam NYATA..
sesekali aku hanya ingin BICARA, sekadarnya sahaja, tidak lama..
setidaknya sapalah aku ketika kita bertemu mata..
namun di sebalik telapak tangan ini,
sebuah NAMA terukir indah, telah ku baca,
namun kata ALLAH masih RAHSIA..


secantik-cantik perhiasan adalah wanita solehah =)