Friday

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم
 
hari ni update banyak2 entri setelah ana luahkannya pada Pencipta ana di malam hari..sesungguhnya meluahkan kepada Pencipta Agung lebih baik dari kita meluahkan kepada manusia mahupun teknologi.. 
sebab apa?
Al-Quran sememangnya mukjizat Rasulullah SAW yang memang tidak boleh dipertikaikan. Sejak 1400 tahun yang lalu Al-Quran sudah menceritakan tentang Facebook, Twitter dan seangkatannya?!”

Cuba antum buka surah Al-Ma’arij ayat 19-21
 
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir"
Ayat ini menjelaskan fenomena jemaah Al-Fesbukiyyah secara umum. Cuba kita lihat wirid-wirid mereka. Kebanyakan isinya keluh kesah. Artikel berkaitan Berhati-hati dengan Dinding Facebook

Temanya sudah mirip sinetron Indon mendayu-dayu sehingga air mata meleleh keluar. Sakit dari sakit bisul, sakit perut, selsema sampai jerawat tumbuh pun update di status.

Cuaca juga tak ketinggalan. Diberi hujan pun mengeluh tidak dapat keluar ke mana-mana. Diberi panas mengeluh kepanasan.

Segala maksiat juga disebarkan di public wall. Banyak contoh yang upload gambar sedang clubbing, membuka aurat dan sebagainya.

Masalah duit habis, rezeki tak masyuk pun ditaip di facebook. Ibadat juga ada yang ‘disharekan’. puasa,sedekah dan sebagainya tapi Alhamdulillah ana belum jumpa ada orang update FB semasa sedang sembahyang dengan update status FB ‘lagi dua rakaat nih’ tetapi ana pernah melihat seorang lelaki yang surf FB semasa khutbah Jumaat menggunakan BlackBerrynya canggih manggih tu..huhu =)

Seterusnya di ayat seterusnya dikatakan

‘apabila dapat kebaikan maka dia kikir.’

Memang betul ayat tersebut kerana Ayat Al-Quran memang semuanya benar.

Cuba korang kira berapa orang yang update status contohnya

“Alhamdulillah dapat rezeki, sesiapa yang mahu saya belanja harap tunggu di depan masjid lepas Isyak”.

Rasanya ada tak status FB yang begitu? Kalau dapat rezeki disorok-sorokkan takut orang lain tahu, takut ada yang nak meminjam atau minta belanja. Tetapi semasa ditimpa musibah di share ke mana-mana.”

Bukannya haram update status tetapi alangkah baiknya update itu yang baik-baik,mengajak kebaikan,hadis, kisah sahabat dan sebagainya. Tapi kita malu pulak nak update begitu takut dikatakan orang kampung, ketinggalan zaman, terlampau alim, mat bagus dan sebagainya..
 dan kita sebagai hamba ALLAH kene ingat, 
"ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melainkan orang itu mampu menghadapinya"

dan ALLAH juga memberi kesenangan kepada hamba yang dipilihnya supaya ALLAH dapat melihat sama ada hamba itu akan terleka akan dunia sehingga melupakan akhirat..

sama2 kita renungkan dan peringatan buat diri ana sendiri.. =)
banyak yang ana mahu luahkan...
 

No comments:

Post a Comment