Sunday

ANDAI ITU JODOHNYA


بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم


hari ini ana nak cerita sedikit pasal jodoh berdasarkan pembacaan dan pemerhatian ana. diharap perkongsian ini sedikit sebanyak mampu membantu antum sekalian..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. sebagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. 

Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan antum itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. 

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.



Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. 

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.Ketika antum terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Antum pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. 

Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditengah-tengah bandar raya. Bukan semua yang antum sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. 

Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? 

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. 



Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
“Seorang teman pernah berpesan..”Kadang2-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

“..Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”


cuti-cuti malaysia

 hari ini cukup seminggu cuti sekolah melabuhkan tirainya, dan dengan itu juga maka tamatlah cuti penggal untuk ana bersuka ria...hehe tapi dalam banyak-banyak cuti sekolah yang ana kene stay sabah, cuti ni la paling banyak aktiviti yang ana buat untuk memenuhi masa terluang..sebab apa?check it out!! =D

tanggal 8 mac 2012, sepanjang hari tu ada 3 mesej masuk dalam inbox phone ana. resah gelisah dibuatnya pasal mesej nie, 3 offer untuk jadi fasi untuk program2 sekitar sabah. pening dibuatnya, tak tahu nak pilih yang mana.

  • offer 1 : fasi untuk program pendidikan luar (extreme hamat) ~~~
  • offer 2 : fasi untuk program budak sekolah rendah agama tuaran
  • offer 3 : fasi untuk program tahfiz bandar seirra
last-last ana pilih  offer 1 dulu sebab ana dah janji dulu dengan lecturer ana untuk terima offer tu sebelum offer yang lain datang. sebab tak sedap plak dah janji tapi tak tepati.

camping start 9 mac 2012, uruskan cikgu-cikgu KEMAS 2009..memang sempoi la, sebab yang datang ni semua cikgu2 yang dah berusia sekitar 30 dan ke atas, cume sorang je muda, umur 23,cik agnes, tapi sporting habis. petang tu angkat kayak dan uruskan barang2 pinjaman dari stor pusat. gerak dari IP jam 5, sampai campsite ana jadi pemerhati. cikgu2 nie kene setup khemah sendiri dalam hujan renyai, khemah baru plak. ada yang x pandai setup, tak sampai hati tengok. takut karang ada yang tidur malam ni berbumbungkan langit berlantaikan bumi. last2 ana and fasi2 yang lain tolong setup sekali sambil bermandikan hujan... =D


10 mac 2012
keluar awal dari IP, gerak ke campsite. tak overnite sana sebab dah rancang nak stay. sampai je campsite, dapat breakfast free..best betul kalau camping dengan mak2 orang, makan memang superb!! macam makan kat rumah ooo... =D hari ini aktiviti kayak, best terhamat. sebelum gerak, cikgu2 nie kene brief dengan lecturer jabatan ana  yang memang pro dengan outdoor punya aktiviti nie,pasal anatomi kayak. then buat water confident, macam2 ragam ada. ada cikgu tu tarik bouyancy aids (BA) ana sebab panik, tolak kepala ana dalam air. tersedak sebab free2 minum air laut. habis semua sebelum bergerak ke pulau dengan kayak, akhi hafiz ibrahim mengetuai bacaan doa. maka berangkatlah ke pulau yang berdekatan yang sejauh 10km. sampai sana, cikgu2 Kemas '09 kene buat masakan rimba manakal ana, kawan2 dan lecturer bantai tidur dalam kayak..hehe masa ana bangun, baru ana perasaan ann kene tanam dengan kawan2 dengan pasir laut. 

paling bengang time tu masa makan, terpaksa ana berhempas pulas nak keluar semata2 nak makan. dapat keluar je terus pergi tempat makan, memang kagum habis. masakan rimba macam masakan dekat rumah, masak nasi dalam mass tin  mcam masak dalam rice cooker. kagum sebab dulu ana pernah jadi peserta, majoriti kumpulan yang masak nasi semua mentah, tapi pserta kali ni masakan memang terbaik. lepas makan kemas2 dan bergerak pulang ke campsite. lecturer ana suruh kawan ana terbalikkan kayak tengah laut dan betulkan balik ke posisi asal. kesian member ana, akhi khai, badan da la berisi, kene survive tengah laut sementara 2 orang lagi betulkan kayak. akhi khai dibawa arus, so akhi fikri dan hafiz kene kejar balik..hehe =D ana?ana naik bot sebab pergi tadi ana dah bawa kayak. balik campsite tukar turn..huhu sampai campsite bersihkan diri n solat. petang tu terus riki tempat untuk flying fox dan abseiling esok.

11 mac 2012
hari ni aktiviti tali. ana dan kawan2 kene setup tali untuk flying fox dan abseiling secara manual. 1st time setup sendiri, kalau sebelum ni dekat mappetra yang dah memang pasang siap. cuak gak la sebab ni libatkan nyawa orang, salah setup risiko tinggi. at last, lecturer puas hati dengan apa yang dirancang.semua yang ana dan kawan2 pasang ok =) *kembang kjap* macam2 ragam la dapat lihat, yang takut

2012 MELABUHKAN TIRAI vol : 1

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم

alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi ALLAH ini. lama sangat tak update blog nie, berhabuk sangat..huhu 2012 dah lama melabuhkan tirainya, dan 2013 pula membuka tirainya..banyak benda nak diceritakan..huhu

2012, banyak kenangan yang berlaku. masam,manis pahit. pakej 3 rasa..last entry, lama sangat..lepas tu, ana busy dengan kehidupan sebagai seorang hamba yang dahagakan ilmu. banyak yang perlu di tempuhi, dari camping UB sampai la ke minggu jubli intan, ana jual roti john.macam tak percaya sebab ana memang tiada pengalaman dalam buat ni.resipi pun sendiri, main campak ja rempah2 dalam daging kisar tu..alhamdulillah, rezeki ALLAH. memang kita tak tahu, ada dimana-mana sahaja. ada usaha, insyaALLAH ada keberkatannya.

kemudian sampai la minggu exam, minggu untuk struggle untuk lihat sejauh mana pemahaman dan penerimaan yang disampaikan murobbi kat sini..huhu exam kali ni agak sukar sebabnya ana banyak main..huhu dengan mood hilang entah kemana sebab kesiankan umi kat rumah tengah prepare kawin along sorang2 sebab yang lain tak balik cuti lagi. tak sabar nak balik sebab rindu betul kat umi..jangan jeles ye =)



cuti bertandang kembali..tahun 2012, dua kali ja dapat jejak kaki kerumah. pertama masa hari raya dan kedua cuti hujung tahun ni.tengah tahun tak dapat balik sebab kena pergi Perlis untuk KAGUM..sedih =( 


pecah rekod sebab tahun 2012 juga tak jejak ke bumi sungai lui tercinta..sebab hujung tahun ni nak kena kemas rumah sebab keluarga nak terima orang baru..rindu abang akak MAPPETRA ='(
camp yang sangat best sebab suka peluk adik-adik ni.suci sangat dorang, suka buat praktik 5 perkara dengan dorang..lepas tu,confirm berjurai air mata..huhu
banyak pengajaran yang ana dapat, boleh tengok mana-mana ibubapa yang betul2 berikan perhatian untuk anak-anak dorang, ada juga yang lepaskan bulat-bulat pada abang kakak.. =) takpa pakcik makcik, ana dan sahabat2 seperjuangan terima amanah ini sebaik-baiknya.


mana-mana mak ayah yang ingin menghantar anak-anaknya boleh lawat www.mappetra.com.my atau add fi fb https://www.facebook.com/akrab.familikusayang =)

cuti kali ni memang habiskan masa dengan family ja, takda masuk camp.kalau sebelum ni, cuti ja mesti sebulan takda kat rumah sebab duduk dalam hutan tu. tapi kali ni jangan harap la..family come first..tolong-tolong umi sebab ana sorang ja yang dapat cuti awal..along ada kelas tambahan, angah ada kelas dan nawar spm..jadi ana kena bekerja keras untuk ringankan beban umi ayah.so ana la jadi wedding planner untuk along..hehe

gaya2 ghostbuster.. =)

melawat budak gemuk di asrama mrsm tun ghafar baba, melaka.. =) makan-makan dengan family, bagi kata perangsang sebelum berjuang..

cik adek manes menghadap makanan..



bersambung..=)


Thursday

dugaan besar


سْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم







I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours and Allah gave me opportunities. Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed...

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
                ~~ada Allah membantu kita tatkala manusia hnya mampu mendengar luahan kata~~


kemalangan hari tu..biarlah antara ana dan ALLAH sahaja yang tahu... 

:D

Cinta semuaaaaa....

بِسْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم


 ♥♥ ♡ ツ ♥♥ 

Imam Ibnu Qayyim mengatakan, “Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri; membatasinya justeru hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka batasan dan penjelasan cinta tersebut tidak boleh dilukis hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri."

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan,
 tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

♥♥ ♡ ツ ♥♥

Keep Istiqomah + Keep Smile it's a Sunnah
Allah Selalu ada untukku, untukmu dan untuk kita semua ^___^

♥♥ Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah S.W.T mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

♥♥ Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah S.W.T tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

♥♥ Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membuah kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...

SAYANG SEMUA!!!

:)



Berbanggalah menjadi wanita...


سْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم





wanita adalah ciptaan terhebat. andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini. jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah anda dicipta sebagai wanita? ya , daripada wanitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada wanita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia. 

maka, benar
lah sabda nabi, 





'wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga' .



fitrahnya, mereka yang bergelar wanita tidak akan sepi dengan cubaan. semakin menjauh semakin pula mendekat. andai demikian, bangunlah segera. carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri. ingatlah, WANITA HEBAT ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kpd Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi .











Usrah masa depan anak luar nikah

سْمِ اللهِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم

malam ni ana terasa nak kongsi satu perkongsian yang makin kita lupa..moga dijentik lagi hati kita olehNya..

akan ku lakarkan Pena di macapada ini jika dengannya bisa mengangkat martabat anak-anak generasi harapan hawariyun masa kini..

biar banyak mana masyarakat mencemuh , mengherdik, menghina..hati mereka tetap selembut bayu biarpun zahirnya mereka kasar..
ketahuilah..
bukan pinta mereka dilahirkan sedemikian...bukan pinta mereka untuk disisihkan, bukan pinta mereka untuk dipulaukan..mereka hanyalah insan istimewa yang dikurniakan ALLAH buat kita..
Wasilah buat kita untuk meningkatkan tahap kesyukuran kita..sesungguhnya mereka itulah insan-insan yang amat disayangi Rasullah SAW diwaktu zamannya..mereka juga insan seperti kita,mengharap dan mendambakan kasih sayang..zahirnya kita sering memperkatakan soal anak-anak ini.." budak ni nakal sangat!, budak ni membawa malang dan banyak lagi kata-kata kesat seperti ini yang diluahkan.." 
tanyalah iman kita..layakkah kita memperkatakan seperti ini..pasti iman kita akan mengatakan tidak!!" bayangkan jika kita di situasi mereka..pasti kita juga akan merasakan hal yang sama bukan? 
ketahuilah sahabat Fillahku, tidak mustahil anak-anak generasi ini kelak akan menjadi perisai buat kita sewaktu menuju titian sirat kelak..
kejarlah kebaikan selagi masih bernyawa..ketahuilah..kasih sayang yang ikhlas biarpun hanya sekadar senyum pada anak-anak ini sudah mampu memberikan nilai yang cukup besar buat mereka..

wallahualam..perkongsian usrah ( masa depan anak luar nikah )..

semoga Allah redha :)